Assalamualaikum and hello everybody. It's 4 am in the morning and I'm still wide awake. I'm suffering a sugar high effect right now for having chocolate moist cake and sundae as my midnight's snacks for today, weehoooo!!!!
Untuk entry yang kali ini, I nak share dengan semua about my new skincare product. Oh no no no, jangan terpengaruh dengan ayat itu. I'm not launching my own skincare line but I'm using a different new skincare product right now.
Sebelum ni, I dah banyak kali tukar produk skincare sebab memang hobi, sungguh tak ada kerja. Let me remind you again, sejak pakai produk SIMPLE dulu yang telah mencapapkan muka I ni, I dah tak ambil berat pasal penjagaan rupa dengan rapi. Jadi telah menyebabkan kulit muka menjadi sangat tidak sihat, sangat sensitif, sangat tercela dan sangat berminyak. Kesian tak? Phui!!
Jadi, baru-baru ini about 2-3 weeks ago, I sangat tertarik dengan produk Nano White. Bukanlah sebab duta produk mereka adalah Diana Danielle tetapi setelah membuat research yang sangat mendalam (cewwah!) I dapati, mostly yang telah menggunakan produk nano white memberikan response yang positive! Jadi, I pun sangatlah teruja mahu mencuba produk ini!
Let me tell you about the nano story
*Sumber adalah dari pamplet nano white sendiri
Because nano-happy skin absorbs nano molecule better, to give you fairer skin faster
All nanowhite products have been specially formulated to make your skin nano-happy. This is possible because of two amazing innovations. Firstly, the entire range is enhanced with our unique "happy" endorphne that stimulates the skin for better absorption of active ingredients. Secondly, we use latest nano technology to create nano molecules that penetrate deeper and more effectively.
Yes, itulah serba sedikit mukadimah tentang produk nanowhite ni. Mari kita move pada jenis penjagaan yang ditawarkan.
Ini adalah Clarifying Cleansing Milk. Ia menanggalkan benda asing dan alat solek secara berkesan. Jadi sebelum mula apa-apa dulu, seeloknya bersihkan wajah anda dengan Cleansing Milk ini. Terutamanya bagi wanita yang selalu memanjakan wajah mereka dengan solekan, Cleansing Milk ini boleh menjadi pencuci solekan pada wajah anda. But, saya truly tak pakai make up so this one that termasuk dalam senarai, he he he.
Ini pula adalah Microfoliating Clay Cleanser. Mungkin pelik mendengar perkataan clay kerana kita jarang menggunakan produk yang berasaskan clay. Tapi sebenarnya, orang di Jepun menggunakan sea clay sebagai face scrub mereka menggantikan scrub yang lain. Clay cleanser ini ada particle halus yang boleh mengeluarkan benda asing yang terperangkap di dalam liang pori. So, untuk gunakan Clay Cleanser ini, gunakan ia seperti anda menggunakan scrub. Boleh guna berselang hari atau 3-4 kali seminggu dan seeloknya pada waktu malam.
Polishing renewal exfoliator(PRE) ini juga merupakan sesuatu yang baru juga bagi saya. PRE ini adalah gel-like dan bau dia boleh tahan jugaklah, ala-ala gam UHU gitu. Tapi, function PRE ini sangat best. Sebelum kita mencuci muka dengan pembersih muka, seeloknya sapu muka dengan PRE ini di keseluruhan wajah. PRE ini akan menanggalkan kotoran dan sel-sel mati pada wajah kita dan mengurangkan bintik hitam pada wajah. Selepas beberapa minit kita usap pada muka, kita akan dapati ada gumpalan-gumpalan halus seperti tisu yang dikoyak-koyakkan timbul di permukaan kulit agar mudah dibuang untuk mendedahkan permukaan kulit yang baru. Best kan dengar?
Selepas sapu dengan PRE, kita bolehlah membersihkan muka dengan Awakening Snow Wash. Truly speaking, bau cleanser ini sangatlah wangi wa cakap lu! Bila sapu pada muka, memang terasa lembut sahaja kulit muka tu. Functionnya dapat mengurangkan garis-garis halus dan membuat kulit kelihatan lebih cerah dan segar. Pakai, jangan tak pakai!
Selepas mencuci muka, kita duduk depan meja solek sambil mengelap muka yang basah. Mula-mula mestilah letak Refining Treatment Toner ni dulu. Kalau boleh, elakkan dari guna tangan anda sebaliknya ambil cotton dan tuang sikit atas cotton kemudian sapu pada keseluruhan wajah untuk penyapuan yang lebih rata.
Selepas itu, manjakan diri anda dengan Cell Moist Whitenor. Moisturizer ni pun wangi jugak. Bila sapu pada kulit muka, terus dia serap masuk. Beberapa minit kemudian anda akan merasakan kulit muka anda yang moist dan sejuk je. Lagi best kalau sapu before tidur, bau wangi dia membuatkan kita tidur lena sangat!
And this one adalah Omega Day Shield dengan SPF 50+. Kata promoter dengan watson, SPF 50+ adalah agak tinggi so baik untuk perlindungan kulit wajah dari cahaya matahari. Untuk Omega Day Shield ini ada dua colour which original(white) dengan skin colour. Tapi saya pilih skin colour sebab dia menyerap lebihan minyak pada wajah dengan lebih berkesan. Ini adalah mesti!
So, for those yang berminat nak cuba product nanowhite ni, bolehlah dapatkan first kit di mana-mana farmasi yang berdekatan. Dalam trial kit tu ada PRE, Cleanser, Omega Day Shield, dengan Moisturizer. Tetapi saya tak jamin kalau berkesan untuk anda yang lain.
So far, sejak 2 minggu guna produk ni, nampaklah sikit perubahan walau tak banyak.Rasanya kulit dan makin putih sikit and parut jerawat dah kurang nampak cela. Minyak di muka pun dah berkurangan. Alhamdulillah, kenalah rajin rajin pakai untuk hasil yang terbaik kan?
Tentang price pula, agak berpatutan. Affordable lah jugak compare dengan mula-mula dulu kalau boleh nak beli jugak SK-II sebab teruja dengan keberkesanan produk tu. Tapi sebab mahal sangat, I choose nanowhite pulak. And, produk yang ditawarkan nanowhite bukan yang di atas sahaja. Ada yang lain-lain lagi cuma yang lain-lain tu tak dibeli so malas nak sebut. So, kalau nak info yang lebih lagi, rajin-rajinlah google eh?
Till here dulu. See you in the next post! :)
0 comments:
Post a Comment