Jadi, mari kita review dulu apa itu kanser serviks. Serviks ialah salah satu bahagian dalam organ reproduksi wanita yang terletak pada lower part of uterus(rahim) dan on top of vagina(faraj). Kiranya antara uterus dengan vagina lah ni. Kanser serviks tu pula kanser yang berlaku pada serviks.
Untuk penerangan yang seterusnya, saya minta maaf dulu kalau ada tersalah info atau kurang memahaminya. Informasi yang saya ambil memang saya google-ing sahaja dari pelbagai website. Plus, memang guna scientific name and saya hanya mampu faham that scientific name itu sahaja. Maklumlah, otak budak belajar sains memang macam ni, jadi saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mengguna bahasa yang paling simple sekali :) Teruskan membaca, ini adalah untuk kebaikan kita bersama.
Barah serviks ini bermula pada permukaan serviks dan untuk pengetahuan terdapat dua jenis cell pada permukaan serviks wanita iaitu squamous dan columnar (sorry, tak tahu macam mana nak explain squamous and columnar. Ini adalah antara jenis sel, dalam banyak-banyak jenis sel yang lain). Tetapi, mostly cervical cancer ini adalah squamous cell. Barah serviks ni selalunya develop dengan lambat dan perlahan-lahan. Bermula dengan keadaan pra-kanser yang dipanggil dysplasia. Precancerous condition sebenarnya boleh dikesan melalui Pap Smear dan 100% treatable. Sebab itulah sangat penting untuk semua wanita untuk menjalani Pap Smear. Dikatakan mostly wanita pada masa kini mendapat kanser serviks sebab mereka tidak melakukan regular Pap Smear dan tak buat follow up dengan result check up. As for this, I still remember masa form 5 dulu, ada seorang practical teacher yang mengajar kami subjek Biology pernah pesan pada kami pelajar-pelajar perempuan untuk melakukan Pap Smear sebagai langkah awal untuk mencegah penyakit barah pangkal rahim dan barah rahim. Heeee, tapi kami takut sangat masa tu sebab it sounds scary and we still thought that we were too young at that time to get the Pap Smear, haha! But now, barulah saya sedar betapa pentingnya benda tu.
Jadi, bila berlakunya precancerous condition which is undetected, this condition will develop into cervical cancer dan akan merebak pada bladder, intestines, lung and liver. Okay, seriously sounds sangat bahaya! Selalunya mengambil masa selama bertahun untuk precancerous tu bertukar kepada kanser sepenuhnya dan kebiasaannya, pesakit cervical cancer ni tak berhadapan dengan masalah sehinggalah barah ni dah advanced dan merebak.
Almost cervical cancer ini berpunca strain HPV (human papilloma virus). HPV ini adalah common virus yang disebarkan melalui sexual intercourse( hubungan seks). HPV ni pula ada banyak jenis dan some strains will develop into cancer di mana akan menyebabkan pertumbuhan ketuat(genital warts) pada serviks. Ada juga antaranya yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.
Jadi, antara faktor yang berisiko untuk mendapat kanser serviks ni :
1. Having sex at an early age
2.Multiple sexual partners (sebab itulah dalam Islam tak pernah sebut threesome ke foursome ke, bodoh gila siapa yang cipta benda ni)
3.Poor economic status (membawa kepada ketidak mampu untuk menjalani Pap Smear)
4.Sexual partners who have multiple partners or who participate in high-risk sexual activities (investigate dulu latar belakang pasangan anda)
5.Weakened immune system
Symptoms. At first, kanser serviks ini tidak menunjukkan apa-apa tanda pada peringkat awal, tetapi bila dah menjadi serius, anda mungkin mengalami:
1.Abnormal vaginal bleeding between periods, after intercourse, or after menopause
2.Any bleeding after menopause
3.Continuous vaginal discharge, which may be pale, watery, pink, brown, bloody, or foul-smelling
4.Periods become heavier and last longer than usual
Simptom-simptom yang lain mungkin seperti back pain, bone fractures, fatigue, heavy bleeding from vagina, leaking of urine or feces from vagina, leg pain, loss of appetite, pelvic pain,single swollen leg and weight loss.
Signs and tests.
Semestinya, sel kanser ini tak boleh dilihat dengan naked eye. Special tests and tools are needed to spot that conditions.
1.Pap smear. Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan cervix dan dihantar ke makmal untuk diuji. Ini adalah bertujuan untuk mengesan sebaran ketidaknormalan pada permukaan serviks seperti kehadiran sel pra-kanser. Dinasihatkan untuk menjalani ujian Pap Smear setiap tahun untuk mengesan peringkat awal. Tindakan pencegahan peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa.
2.Colposcopy.Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangkal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
3.Ujian HPV.Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
Pencegahan.
Anda boleh mengambil langkah pencegahan pertama dengan mengambil suntikan pelalian HPV untuk mencegah jangkitan kuman HPV. Penggunaan kondom juga boleh mengurangkan risiko mendapat barah.Selain itu, untuk mencegah jangkitan kuman HPV, anda juga:
1.Melakukan hubungan seks dengan 1 pasangan sahaja.
2.Elakkan melakukan hubungan seks pada usia yang muda.
3.Tidak merokok
Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Jadi, dengan info yang saya beri ini, diharapkan agar gadis-gadis di luar sana atau sesiapa sahaja yang terbaca entry ini segera mengambil langkah awal pencegahan kerana mencegah lebih baik dari merawat, bukan? Selepas membaca segala jenis maklumat mengenai barah ini, saya juga ada turut berkira untuk mengambil suntikan pelalian HPV dan melakukan ujian Pap Smear. Sumpah, saya berasa gerun bila mendapat tahu barah ini adalah yang kedua membunuh selepas breast cancer. Jadi, dapatkan pencegahan awal anda sekarang! Bukanlah saya mahu mengajar pendidikan seks di sini tetapi ini adalah salah satu usaha saya untuk meningkat kesedaran masyarakat mengenai hal yang serius ini yang sudah diabaikan. Thanks for your attention! Salam :)
Notes: Barah ini mostly terjadi sebab hubungan seksual yang tidak sihat. Sudah terang-terang Islam mengharamkan hubungan seksual tanpa ikatan, kenapa cari nahas lagi? renung-renungkanlah dan fikirkan. Islam itu INDAH! :)
0 comments:
Post a Comment